BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 8, 2009

AKTIVITI 3: (Kolokium)

Pembentangan Pertama

Tajuk :Penggunaan Kaedah Pembelajaran Kooperatif Untuk Meningkatkan Penglibatan Pelajar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam.

Oleh: Noorul Huda Saiepuddin dan Saljineh Bobby


Setting Kajian
Kajian tindakan ini telah diadadakan di Sekolah Menengah Teknik Sepang, Dengkil

Tujuan Kajian
Meningkatkan Penglibatan Pelajar Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Khusus Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Menggunakan Kaedah Pembelajaran Kooperatif Bagi Pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Sepang

Pernyataan Masalah

a) Adakah pelajar aktif di dalam kelas dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru?
b) Adakah pelajar bersikap pasif semasa aktiviti dijalankan?
c) Bagaimana penglibatan pelajar semasa aktiviti itu dijalankan di dalam kelas?

Prosedur /Pelaksanaan Kajian

1. Pemerhatian
2. Perancangan
3. Tindakan
4. Pemerhatian
5. Refleksi


Metodologi Kajian

1. Pembentangan
2. Kuiz
3. Permainan

Dapatan Kajian

1. PEMERHATIAN

Sebelum:
* Pelajar tidak berminat dan kurang memberi tumpuan
* Pelajar agak pasif dan lebih kepada mendengar penerangan guru.
* Pelajar mengantuk

Selepas:
* Aktiviti pengajaran lebih berpusatkan pelajar
* Pelajar terlibat sepenuhnya dalam proses pembelajaran


2. TEMUBUAL

Sebelum :
* terhadap pelajar (secara rawak)
* wujud beberapa kelemahan dalam amalan pengajaran guru

Selepas :
* Pelajar suka dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru
* Pelajar lebih berani dan yakin


3. KOMEN PENYELIA

Sebelum :
* Pengajaran lebih berpusatkan guru (kuliah, syarahan)
* Gunakan teknik pengajaran yang pelbagai (pelbagai aktiviti)

Selepas :
* Pengajaran berpusatkan pelajar
* Kaedah yang digunakan sesuai dengan pelajar
* Dapat menarik perhatian pelajar

ULASAN


Kajian tindakan adalah penting kepada guru-guru bagi memastikan masalah yang dihadapi dalam proses P&P dapat diselesaikan dan seterusnya mencari strategidan kaedah baru yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar. Bagi kajian tindakan ini, kaedah kooperatif yang dijalankan amat berkesan dimana pelajar terlibat sepenuhnya dalam proses pembelajaran, pelajar menjadi lebih berani dan yakin untuk berkomunikasi disamping dapat menarik perhatian pelajar kepada sesi pembelajaran. Sebelum kaedah ini dijalankan, pelajar tidak berminat dan kurang memberi tumpuan kepada sesi pembelajaran. Pelajar juga agak pasif dan sering mengantuk di dalam kelas dan kurang memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Ternyata kaedah kooperatif yang dijalankan ini mendapat kerjasama dan penglibatan pelajar secara total disamping dapat merangsang minda pelajar menjadi lebih cerdas.



Pembentangan Kedua


Tajuk : Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud


Oleh: Mohd Hafiz bin Hassan & Mohd Hairol Hafifi bin Hassan
Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam

Penyataan Masalah

3 objektif yang dikemukan untuk kajian ini iaitu:

1. Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud.
2. Mengetahui kepentingan penggunaan Bahan Maujud.
3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud.

Persoalan Kajian

1. Apakah tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?
2. Apakah kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?
3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?


Metodologi Kajian Tindakan






1. Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam.

2. Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati.

3. Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi p&p iaitu 70 minit.

Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian.
Penilaian dan komen guru pembimbing yang turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran:-

* Kemahiran A : Permulaan variasi dan penerangan.
* Kemahiran B : Penggunaan papan hitam dan pengesanan.
* Kemahiran C : Menjelas dan memberi contoh.
* Kemahiran D : Penyoalan dan pengesanan.


Implikasi Kajian

1. Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses P&P yang akan diajar oleh guru selanjutnya.
2. Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.
3. Guru menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional.
Penggunaan multimedia sebagai pengubah haluan dan minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.
4. Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun.Guru meletakkan beberapa jenis bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar.


ULASAN

Penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P adalah satu kaedah yang baik dan dapat menarik minat pelajar kepada sesi pembelajaran. Ternyata kaedah yang digunakan menjadikan pelajar lebih menumpukan perhatian dan teruja untuk mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas. Jika pelajar sudah bersedia dan berminat kepada sesi pembelajaran, ini sudah semestinya memudahkan tugas guru bagi menyampaikan pengajaran kepada pelajarnya. Objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah disamping pelajar sendiri lebih mudah dalam memahami sesuatu konsep pembelajaran kerana mereka ada inisiatif dan minat untuk belajar serta memahami sesuatu tajuk yang diajar tanpa ada sebarang paksaan dan halangan.

0 comments: