BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 1: Tugasan 1 (Buku)

APA YANG DIMAKSUDKAN KAJIAN TINDAKAN?

  • Kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri yang mana melalui kajian tindakan, penkaji akan menyelidik serta menilai kerja/kajian/amalan mereka. Kajian tindakan adalah berbeza dengan kajian-kajian lain walaupun kajian-kajian tersebut juga berbentuk kualitatif. Kajian tindakan melibatkan pengkaji berada di dalam situasi kajian.
  • Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang dijalankan selepas pemerhatian bagi mengenal pasti satu masalah dalam kerja individu atau persekitaran sekolah untuk penambahbaikan amalan dalam pendidikan.
  • kajian dilakukan untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada berdasarkan peyelidikan yang dilakukan.
  • Ianya dijalankan oleh guru-guru, pentadbir sekolah dan kakitangan sokongan untuk memudahkan perubahan melalui penyelidikan.
  • Ianya melibatkan refleksi, analisis, dan penilaian terhadap amalan seharian.
  • Tujuan kajian tindakan yang dilaksanakan adalah untuk membantu pihak guru, pentadbir sekolah dan staf sokongan dalam membantu dan meningkatkan hasil kerja mereka terhadap palajar dan sekolah. Melalui proses kajian tindakan mereka dapat menjana pengetahuan dalam melakukan amalan kerja harian dan berkongsi maklumat dalam melakukan perubahan yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti sekolah.

Tajuk Buku : Action Research for Improving Practice (A Practical Guide)
Penulis : Valsa Koshy


APA yang dimaksudkan Kajian Tindakan?

Berdasarkan buku Action Research for Improving Practice, kajian tindakan merupakan proses pembelajaran melalui perbuatan (learning by doing) iaitu kajian yang melibatkan amalan pengkaji itu sendiri atau yang dilakukan oleh pengkaji itu sendiri dan bukannya kajian dari pihak luar. Sesuai dengan falsafah kajian tindakan itu sendiri iaitu 'Hari ini lebih baik dari semalam'.
Muhasabah diri yang sering ditekankan dalam agama Islam kita juga salah satu contoh kajian tindakan yang baik untuk memperbaiki kelemahan diri serta meningkatkan keimanan kita sebagai hamba kepadaNYA.


Kajian tindakan melibatkan proses memberbaiki amalan yang terdahulu kepada mutu amalan yang lebih baik untuk tujuan penambahbaikkan. Dalam proses pembaikkan tersebut, beberapa langkah telah dikenalpasti dalam melaksanakan satu kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi.Setiap langkah tersebut perlu dilaksanakan dan dialami oleh pengkaji itu sendiri dan pada akhirnya satu perubahan akan berlaku pada amalan yang sebelumnya sebagai satu langkah penambahbaikkan untuk meningkatkan mutu serta kualiti diri pengkaji itu sendiri.



Reviewing Literature

Mengapa kita perlu mengetahui apa yang orang lain telah lakukan di dalam sesuatu kajian. Penulis buku ini menyatakan bahawa kita perlu mengetahui apa yang orang lain lakukan kerana:-

i. Ianya boleh meningkatkan kefahaman tentang isu yang berkaitan dengan topik.

ii. Ianya juga boleh menolong anda memfokuskan kepada kajian.


iii. Pengkaji boleh menyesuaikan persoalan kajian atau hipotesis selepas membaca sesuatu topik


Penulis telah menyenaraikan beberapa sebab mengapa literature review boleh membantu anda di dalam

kajian tindakan. Antaranya ialah:-

i. LR boleh membantu anda mengenal pasti apa yang telah berlaku sebelum ini dan sebarang perbezaan.


ii. Menyediakan latar belakang tentang persoalan kajian dan membantu anda menyatakan idea yang sesuai dengan kajian


iii. Menyokong anda menyemak dan menapis topik kajian, persoalan dan hipotesis.


iv. Membolehkan anda mengesan projek anda dalam arus perbahasan dan pendapat


v. Menyediakan latarbelakang untuk kajian anda

vi. Membantu anda menganalisis penemuan dan membincangkannya lebih rapi dan terperinci

Jenis-jenis Literature

i. Policy-related literature

Ini termasuklah dokumen-dokumen rasmi yang menggariskan dasar pendidikan yang pengkaji sudah biasa dengannya. Jika tajuk penyelidikan anda terlibat dengan konsep membimbing, membaca dokumen-dokumen rasmi yang berkaitan akan membantu anda untuk memahami kewajaran dan konteks inisiatif. Anda juga boleh mencari dokumen membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan inisiatif baru dalam jurnal professional.



ii. Theoretical literature

Menempatkan kajian anda dalam latarbelakang theoretical adalah penting. Walaupun anda melakukan kajian di dalam skala yang kecil, ianya adalah penting untuk anda menempatkan ‘theoretical view’ yang akan menjadi asas kepada kajian anda nanti.


iii.
Existing research

Literature ini terdiri daripada dapatan kajian yang telah wujud bagi sesuatu tajuk yang dipilih. Terdapat sejumlah maklumat kajian yang telah tersedia di jurnal penyelidikan yang boleh dicapai secara elektronik. Anda akan merasakan bahawa membaca dapatan kajian orang lain adalah satu faedah dan mengambil kira metodologi yang digunakan dalam kajian mereka


iv. Research methods

Apabila anda membaca research literature, berikan penekanan kepada cara yang digunakan oleh pengkaji itu, terutamanya jika kajian itu adalah kajian tindakan. Ini akan membantu anda mendapatkan data dan menganalisis data.



Planning Action

Penulis buku ini menyatakan bahawa satu kajian tindakan yang bagus tidak akan terjadi tanpa dirancang, tetapi ianya memerlukan perancangan yang rapi dan pendekatan yang fleksibel dan berterusan.

Di sini penulis telah menyenaraikan beberapa senarai yang perlu dipertimbangkan oleh pengkaji sebelum memulakan kajian tindakan.

  1. adakah anda sudah mengenal pasti topik bagi kajian tindakan tersebut?
  2. adakah anda telah menetapkan konteks untuk kajian? Ianya mungkin di dalam konteks pembangunan professional bagi diri anda sendiri ataupun di dalam konteks institusi.
  3. adakah anda sudah membaca literature riview yang berkaitan?
  4. adakah anda menapis dan fokus kepada persoalan kajian?
  5. adakah anda menilai sumber yang terlibat?

Penulis juga telah mencadangkan bahawa seseorang pengkaji perlulah menyenaraikan:-
  1. tajuk kajian tindakan
  2. latar belakang kajian pada konteks profesional dan juga motivasi individu
  3. matlamat
  4. dapatan kajian



Walaupun 'action list' bersifat peribadi kepada pengkaji dan kumpulan pengkaji, terdapat beberapa ciri yang boleh dijadikan model yang perlu dipertimbangkan. Antaranya:-

  • senarai adalah menyeluruh dan memberi perhatian yang lengkap. Waktu yang diperuntukkan untuk merancang aktiviti adalah sangat berharga dan ianya dapat membantu melancarkan perjalanan kajian itu.

  • pengkaji perlulah memahami keperluan untuk mengukuhkan matlamat yang khusus.

  • perancangan perlulah teliti dan memberi penekanan kepada aspek-aspek praktikal seperti ringkasan kerja-kerja pelajar dan keputusan yang berkaitan dengan format yang sesuai bagi catatan pengkaji

  • pengkaji perlu meningkatkan kefahaman mereka tentang topik kajian. Contohnya matlamat mereka untuk mencari penjelasan tentang maksud kemhiran penyelesaian masalah dan merancang untuk mencari pembacaan yang sesuai.

  • pengkaji melibatkan orang lain - seperti teman-teman, penasihat tempatan dan tutor universiti - untuk memberikan maklum balas

  • ini adalah idea yang bagus untuk menimbangkan penyebaran dapatan kajian pada permulaan, dan ianya dapat membantu anda untuk memutuskan data yang ingin dikutip dan bukti yang diperlukan.

  • pelajar dan ibu bapa perlu mengetahui tentang projek tersebut. Ini bagi mengelakkan pihak lain yang memberitahu mereka yang akan mendorong kepada kebimbangan dan kekeliruan.






0 comments: