BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Matlamat Kajian Tindakan


Objektif:

  • Menilai keberkesanan penggunaan puzzle dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan
  • Menilai sama ada penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah subjek Sains dan Perdagangan.
Persoalan:

  • Adakah penggunaan puzzle dapat meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan perdagangan?
  • Adakah penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah dalam Sains dan Perdagangan?

AKTIVITI 8: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Cadangan untuk Mengatasi Masalah Pengajaran


PERDAGANGAN

  • Guru terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu topik dan kemudian mengadakan aktiviti seperti penggunaan 'word puzzle' di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang di ajar.
  • Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik.
SAINS
  • Mengadakan aktiviti P&P yang lebih menarik seperti permainan, perbincangan, kuiz antara kumpulan untuk menarik minat pelajar mempelajari Sains tidak lagi hanya menggunakan kaedah kuliah.
  • Permainan puzzle dapat membantu pelajar mengingati istilah-istilah sains
  • Membantu pelajar memahami dan mengingati teori dengan baik melalui aktiviti “hands-on”.
  • Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam menjalankan semua aktiviti bukan hanya sebahagian pelajar sahaja. Penggunaan puzzle diharapkan dapat menarik minat semua pelajar mengikuti aktiviti p&p.

AKTIVITI 7: Tugasan 4 - Mini KT Kelemahan Subjek Perdagangan dan Sains

Kelemahan Subjek Perdagangan dan Sains


PERDAGANGAN:

  • topik pengajaran banyak melibatkan fakta
  • guru perlu memberi penerangan yang jelas disamping contoh yang bersesuaian
  • pelajar sukar untuk mengingat fakta
  • sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar

SAINS
  • Pelajar tidak menguasai bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris menyebabkan pelajar tidak memahami isi kandungan pelajaran.
  • Pelajar tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran tersebut adalah sukar.
  • Pelajar sukar memahami teori.
  • Ujikaji dalam makmal hanya banyak dilakukan oleh pelajar yang rajin dan pandai, pelajar lemah menganggap ianya sekadar ujikaji dan tidak serius ketika menjalankan ujikaji.
  • Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah– menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
  • Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Sains.


AKTIVITI 6: Tugasan 4 - Mini KT Kekuatan Subjek Perdagangan dan Sains

Kekuatan Subjek Perdagangan dan Sains



PERDAGANGAN
  • guru boleh mengadakan banyak aktiviti mengikut kesesuaian topik
  • guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang didapati sebagai contoh bahan bantu mengajar
  • kandungan matapelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan yang berjaya)
  • pelajar dapat melihat realiti keadaan di sekeliling melalui subjek Perdagangan
  • pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian

SAINS
  • Pelajar sentiasa berhadapan dengan sains dalam kehidupan seharian.
  • Guru boleh memberi contoh / menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
  • Pendekatan kaedah pengajaran menggunakan bahan maujud dapat meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar.
  • Guru juga boleh menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti dalam kumpulan, menjalankan ujikaji (eksperimen), simulasi, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar.
  • Guru menyediakan aktiviti yang mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P.
  • Guru menyediakan pengajaran berdasarkan pengalaman pelajar dalam kehidupan.


Saturday, November 14, 2009

AKTIVITI 5:Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan (Guru Novis)

GURU NOVIS

Mengikut Kamus Dwibahasa, kalimah NOVIS (Novice) merujuk kepada orang yang baharu bekerja (tidak berpengalaman) atau permulaan.

Kita biasa mendengar gelaran bagi guru yang baharu tamat kursus perguruannya dipanggil sebagai guru permulaan atau guru novis. Mereka belum mempunyai pengalaman yang mendalam tentang bidang perguruan. Masih bermula, masih baharu, masih dalam proses mengenali atau mencintai bidang itu.


Mengapa guru novis perlu melakukan kajian tindakan?


  • Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan kepada pelajar.
  • Membantu guru novis menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan daya keyakinan diri guru novis melalui usaha berkongsi pengalaman bagi memperbaiki prestasi dan kepuasan kerja.
  • Memberi peluang kepada guru novis untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
  • Membantu guru novis dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pencapaian objektif disamping memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  • Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan suasana dalam bilik darjah.
  • Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan pengajaran rutin dan mencipta satu amalan profesional yang dapat membawa perubahan dan kemajuan kepada sistem pendidikan.
  • Meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya mengubah suai amalan pengajaran supaya menjadi lebih berkesan sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi pelajar.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 4: Tugasan 2 - Tajuk Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan yang dipilih oleh kumpulan kami adalah :

Merangsang Daya Ingatan Pelajar Mengingati Isi Pengajaran melalui Aktiviti Puzzle.

Puzzle digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P mata pelajaran Perdagangan dan Sains semasa pengukuhan. Kebiasaannya guru akan memberikan lembaran kerja ataupun latihan kepada pelajar selepas pengajaran sesuatu topik sebagai pengukuhan. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kebosanan dalam diri pelajar. Sesetengah pelajar pula masih tidak dapat memahami topik yang telah diajar oleh guru. Untuk itu, penggunaan Puzzle diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk memahami topik dan mengingati fakta atau istilah penting yang dipelajari dan sebagai aktiviti pengayaan kepada pelajar.

Ahli Kumpulan:
Suhaimila binti Sudar (P52053)
Mohd Fadzli bin Samsudin (P52024)
Masriah binti Ismail (P52020)

Sunday, November 8, 2009

AKTIVITI 3: (Kolokium)

Pembentangan Pertama

Tajuk :Penggunaan Kaedah Pembelajaran Kooperatif Untuk Meningkatkan Penglibatan Pelajar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam.

Oleh: Noorul Huda Saiepuddin dan Saljineh Bobby


Setting Kajian
Kajian tindakan ini telah diadadakan di Sekolah Menengah Teknik Sepang, Dengkil

Tujuan Kajian
Meningkatkan Penglibatan Pelajar Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Khusus Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Menggunakan Kaedah Pembelajaran Kooperatif Bagi Pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Sepang

Pernyataan Masalah

a) Adakah pelajar aktif di dalam kelas dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru?
b) Adakah pelajar bersikap pasif semasa aktiviti dijalankan?
c) Bagaimana penglibatan pelajar semasa aktiviti itu dijalankan di dalam kelas?

Prosedur /Pelaksanaan Kajian

1. Pemerhatian
2. Perancangan
3. Tindakan
4. Pemerhatian
5. Refleksi


Metodologi Kajian

1. Pembentangan
2. Kuiz
3. Permainan

Dapatan Kajian

1. PEMERHATIAN

Sebelum:
* Pelajar tidak berminat dan kurang memberi tumpuan
* Pelajar agak pasif dan lebih kepada mendengar penerangan guru.
* Pelajar mengantuk

Selepas:
* Aktiviti pengajaran lebih berpusatkan pelajar
* Pelajar terlibat sepenuhnya dalam proses pembelajaran


2. TEMUBUAL

Sebelum :
* terhadap pelajar (secara rawak)
* wujud beberapa kelemahan dalam amalan pengajaran guru

Selepas :
* Pelajar suka dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru
* Pelajar lebih berani dan yakin


3. KOMEN PENYELIA

Sebelum :
* Pengajaran lebih berpusatkan guru (kuliah, syarahan)
* Gunakan teknik pengajaran yang pelbagai (pelbagai aktiviti)

Selepas :
* Pengajaran berpusatkan pelajar
* Kaedah yang digunakan sesuai dengan pelajar
* Dapat menarik perhatian pelajar

ULASAN


Kajian tindakan adalah penting kepada guru-guru bagi memastikan masalah yang dihadapi dalam proses P&P dapat diselesaikan dan seterusnya mencari strategidan kaedah baru yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar. Bagi kajian tindakan ini, kaedah kooperatif yang dijalankan amat berkesan dimana pelajar terlibat sepenuhnya dalam proses pembelajaran, pelajar menjadi lebih berani dan yakin untuk berkomunikasi disamping dapat menarik perhatian pelajar kepada sesi pembelajaran. Sebelum kaedah ini dijalankan, pelajar tidak berminat dan kurang memberi tumpuan kepada sesi pembelajaran. Pelajar juga agak pasif dan sering mengantuk di dalam kelas dan kurang memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Ternyata kaedah kooperatif yang dijalankan ini mendapat kerjasama dan penglibatan pelajar secara total disamping dapat merangsang minda pelajar menjadi lebih cerdas.



Pembentangan Kedua


Tajuk : Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud


Oleh: Mohd Hafiz bin Hassan & Mohd Hairol Hafifi bin Hassan
Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam

Penyataan Masalah

3 objektif yang dikemukan untuk kajian ini iaitu:

1. Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud.
2. Mengetahui kepentingan penggunaan Bahan Maujud.
3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud.

Persoalan Kajian

1. Apakah tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?
2. Apakah kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?
3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?


Metodologi Kajian Tindakan






1. Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam.

2. Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati.

3. Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi p&p iaitu 70 minit.

Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian.
Penilaian dan komen guru pembimbing yang turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran:-

* Kemahiran A : Permulaan variasi dan penerangan.
* Kemahiran B : Penggunaan papan hitam dan pengesanan.
* Kemahiran C : Menjelas dan memberi contoh.
* Kemahiran D : Penyoalan dan pengesanan.


Implikasi Kajian

1. Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses P&P yang akan diajar oleh guru selanjutnya.
2. Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.
3. Guru menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional.
Penggunaan multimedia sebagai pengubah haluan dan minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.
4. Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun.Guru meletakkan beberapa jenis bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar.


ULASAN

Penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P adalah satu kaedah yang baik dan dapat menarik minat pelajar kepada sesi pembelajaran. Ternyata kaedah yang digunakan menjadikan pelajar lebih menumpukan perhatian dan teruja untuk mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas. Jika pelajar sudah bersedia dan berminat kepada sesi pembelajaran, ini sudah semestinya memudahkan tugas guru bagi menyampaikan pengajaran kepada pelajarnya. Objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah disamping pelajar sendiri lebih mudah dalam memahami sesuatu konsep pembelajaran kerana mereka ada inisiatif dan minat untuk belajar serta memahami sesuatu tajuk yang diajar tanpa ada sebarang paksaan dan halangan.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2: Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1

Tajuk Jurnal: Teacher Misconception and Understanding of Cooperative Learning: An Intervention Study.

Mary Koutselini
UNIVERSITY OF CYPRUS, NICOSIA, CYPRUS

  • Jurnal ini mebincangkan tentang pembelajaran secara koperatif dan membantu guru melalui kaedah simulasi pembelajaran koperatif untuk mengenal pasti ciri-ciri pembelajaran koperatif yang berbeza dari kaedah tradisional.

  • Pada awalnya guru memberi tanggapan negatif terhadap pembelajaran koperatif kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk memastikan kerjasama, kesepaduan dan interaksi di antara para pelajar di dalam kumpulan pembelajaran koperatif.

  • Selepas kajian tindakan dijalankan ke atas para pelajar, didapati bahawa pembelajaran koperatif telah memberi satu pendekatan yang menarik di mana terdapat ciri-ciri luaran dan dalaman ke arah pembentukan pembelajaran yang sesuai untuk para pelajar.


Jurnal 2

Tajuk Jurnal: Coming to Terms with the Online Instructional Revolution: A Success Story Revealed Through Action Research.

Eddie Lunsford, Southwestern Community College
Kimberly Bolton, Walters State Community College


  • Jurnal ini membincangkan tentang tindakan kursus dan perolehan dapatan berdasarkan projek teacher-based action research yang menekankan aspek pembangunan dan penilaian kursus Biologi secara online bagi pelajar bukan major di dalam sains.

  • Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan antara pembelajaran secara arahan tradisional dengan pembelajaran secara online bagi subjek Biologi. Pembelajaran secara online ini melibatkan penggunaan internet dan sumber-sumber multimedia sebagai tambahan kepada pembelajaran tradisional dan yang biasa dijalankan.

  • Disamping itu juga, semasa kajian ini dibuat konsep kursus sains dujalankan seluruhnya secara online dimana pelajar tidak perlu ke kampus dan juga ke makmal.

  • Kursus ini dibangunkan sepenuhnya secara format web-centered. Selepas satu semester pembelajaran, pelajar dinilai dengan diberi ujian yang mengandungi 50 soalan pelbagai pilihan yang merangkumi sukatan pelajaran. Selepas ujian dijalankan ke atas pelajar didapati bahawa markah ujian yang diperolehi lebih bagus berbanding pelajar yang diajar di dalam kelas berformat tradisional. Kajian ini mungkin menjadi salah satu model bagi guru-guru yang ingin mempraktikkan isu pengajaran melalui web-based sebagai salah satu kaedah pembelajaran.



Jurnal 3

Tajuk Jurnal: Effect of Tutoring on Reading Achievement for Students with Cognitive Disabilities, Specific Learning Disabilities and Students Receiving Title I Services.

Jan Osborn and Amy Freeman, Putnam County Educational Service Center
Margaret Burley, Ohio Coalition for the Education of Children with Disabilities
Rich Wilson, Eric Jones and Stacey Rychener, Bowling Green State University


  • Jurnal ini membincangkan tentang kesan pencapaian membaca bagi pelajar-pelajar bermasalah kognitif (cognitive disabilities) dan juga bermasalah pembelajaran khas (specific learning disabilites) di dalam projek MORE (Mentoring in Ohio for Reading Excellence)

  • Kajian menunjukkan bahawa keputusan akademik yang rendah, peningkatan masalah sosial, peningkatan kes berhenti sekolah, peluang pekerjaan yang terhad dan juga peningkatan hidup dalam kemiskinan adalah berpunca daripada kegagalan untuk memperolehi kemahiran mengenal huruf di awal pendidikan persekolahan.

  • Kajian juga menunjukkan bahawa pengajaran secara one-to-one adalah penambahan kepada pengajaran di dalam kelas di mana kaedah ini adalah lebih efektif bagi meningkatkan pencapaian pelajar. One-to-one tutoring sesi adalah di mana seorang tutor mengajar seorang pelajar pada satu masa.

  • Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat pencapaian di dalam pembacaan bagi pelajar seperti specific learning disabilities, pelajar cognitive disabilities yang terlibat dengan projek pemulihan ini.