Kajian Tindakan (GGGB 5023)
Mengapakah KAJIAN Adalah Penting Bagi Guru?
1. Untuk mencari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan dengan tahap kognitif
pelajar.
2. Untuk mengembangkan dan meluaskan pengetahuan yang sedia ada.
3. Untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran guru tentang sesuatu masalah dalam bilik
darjah.
4. Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan
pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan suasana dalam bilik darjah
5. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan
pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri
6. Meningkatkan penggunaan pengajaran bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif
dan efektif
7. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah bagi menarik minat pelajar terhadap
mata pelajaran disamping melahirkan modal insan
8. Meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan
Malaysia yang menekankankan aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan juga sosial
9. Bagi menambah baik amalan Pengajaran dan Pembelajaran yang sedia ada disamping
meningkatkan mutunya seiring dengan cabaran guru masa kini
10. Meningkatkan kesedaran lebih tinggi tentang amalan sebagai penyelidik serta peka
terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya
Monday, October 26, 2009
Tugasan Kelas: 10 Sebab Mengapa Guru Melakukan Kajian Tindakan
Posted by mas8782 at 6:41 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment