BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 10: Tugasan 1: Buku

Mengenalpasti Masalah Kajian Tempatan

Proses dan Hasil Kajian Tindakan

  • Secara umumnya mengenalpasti masalah secara spesifik atau dalam konteks tertentu dan cuba mendapatkan dan melaksanakan penyelesaian dalam konteks itu.
  • Oleh kerana permasalahan itu berada di ruang lingkupnya, maka perubahan atau penyelesaian adalah satu keutamaan dan matlamat penyelesaian masalah adalah untuk meningkatkan amalan profesional.
  • Menjana maklumat-Menghasilkan maklumat berdasarkan masalah
  • Membuat perubahan-Perubahan yang memerlukan maklumat
  • Penglibatan-Pengkaji bekerjasama dengan responden dan pihak lain
  • Proses kitaran-Kajian Tindakan ialah proses kitaran yang membentuk pengetahuan. Bergantung kepada situasi masalah serta penilaian
Setting Kajian Tindakan:
  • Dilakukan di peringkat bilik darjah
  • Dilakukan di peringkat sekolah
  • Dilakukan di peringkat institusi

Kajian Tindakan ialah merupakan suatu penilaian dan refleksi dalam melaksanakan perubahan yang sangat mustahak dalam praktis – untuk individu dan juga institusi yang berperanan untuk meningkatkan kefahaman dan keyakinan. Inisiatif baru telah diperkenalkan dengan frekuensi, praktikal tanpa ada konflik dalam mengeluarkan pendapat, keraguan dan dilema yang memerlukan ekslplorasi dan penilaian serta refleksi.

Buku ini menekankan keperluan di dalam dua kumpulan kajian.

- Kepada yang ingin membuat kajian dalam skala yang kecil dalam praktis mereka. Ini akan memudahkan kepada pihak luar untuk menghasilkan keperluan untuk penilaian keberkesanan di dalam inovasi atau insiatif. Proses ini terlibat di dalam kajian yang mana melibatkan isu-isu dalaman dan bersama-sama menaksir bukti sebelum melaksanakan idea baru atau perubahan di dalam praktis.

- Pelajar – pra siswazah, siswazah atau mereka yang sedang belajar untuk praktik kursus doktrin – yang berkehendak untuk membuat kajian sebagai melengkapkan pengajian mereka. Sesetengah projek dalam konteks ini adalah kategori pertama apabila kursus unversiti ada menyediakan sokongan kepada pengkaji.

Buku ini juga membantu pengkaji untuk membuat Kajian Tindakan dalam meningkatkan pengamatan, mendengar, menganalisis, soalan dan akan melibatkan pembinaan pengetahuan sendiri. Pengetahuan baru dan pengalaman memberi maklumat kepada pengkaji sebagai panduan dalam kajian yang dilakukan.

Buku ini mempunyai sebanyak tujuh bab.

Bab yang pertama ialah huraian mengenai konsep Kajian Tindakan. Pembaca akan mendapat pelbagai sudut pandangan bagaimana Kajian Tindakan dilakukan sejak dari dulu lagi. Latar belakang dan kata kunci dalam Kajian Tindakan – merancang, menilai, perincian, refleksi, teori pembinaan. Rujukan dan model Kajian Tindakan seharusnya membantu pengkaji untuk merancang kerja mereka dengan baik dan dapat membantu pengkaji untuk membuat pilihan dengan sebaiknya. Kaedah yang berkesan juga dalam Kajian Tindakan ada dibincangkan di dalam buku ini.

Bab dua menghuraikan mengenai kritikan kaedah yang dibangkitkan di dalam Kajian Tindakan. Bab ini juga memberikan garis panduan kepada pengkaji untuk memulakan langkah pertama mereka di dalam Kajian Tindakan. Ia juga turut memberikan contoh-contoh kajian yang telah dilakukan. Walaupun peringkat-peringkat bagi Kajian Tindakan tidak dengan tegas linear, ia boleh membantu pengkaji untuk berfikir dalam merancang projek secara berperingkat- dalam membina fleksibiliti untuk menapis, membuat perubahan dalam penstrukturan. Dengan menggunakan contoh, pembaca akan dibimbing untuk memilih tajuk kajian yang sesuai di dalam pelbagai aspek.





Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Matlamat Kajian Tindakan


Objektif:

  • Menilai keberkesanan penggunaan puzzle dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan
  • Menilai sama ada penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah subjek Sains dan Perdagangan.
Persoalan:

  • Adakah penggunaan puzzle dapat meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan perdagangan?
  • Adakah penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah dalam Sains dan Perdagangan?

AKTIVITI 8: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Cadangan untuk Mengatasi Masalah Pengajaran


PERDAGANGAN

  • Guru terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu topik dan kemudian mengadakan aktiviti seperti penggunaan 'word puzzle' di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang di ajar.
  • Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik.
SAINS
  • Mengadakan aktiviti P&P yang lebih menarik seperti permainan, perbincangan, kuiz antara kumpulan untuk menarik minat pelajar mempelajari Sains tidak lagi hanya menggunakan kaedah kuliah.
  • Permainan puzzle dapat membantu pelajar mengingati istilah-istilah sains
  • Membantu pelajar memahami dan mengingati teori dengan baik melalui aktiviti “hands-on”.
  • Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam menjalankan semua aktiviti bukan hanya sebahagian pelajar sahaja. Penggunaan puzzle diharapkan dapat menarik minat semua pelajar mengikuti aktiviti p&p.

AKTIVITI 7: Tugasan 4 - Mini KT Kelemahan Subjek Perdagangan dan Sains

Kelemahan Subjek Perdagangan dan Sains


PERDAGANGAN:

  • topik pengajaran banyak melibatkan fakta
  • guru perlu memberi penerangan yang jelas disamping contoh yang bersesuaian
  • pelajar sukar untuk mengingat fakta
  • sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar

SAINS
  • Pelajar tidak menguasai bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris menyebabkan pelajar tidak memahami isi kandungan pelajaran.
  • Pelajar tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran tersebut adalah sukar.
  • Pelajar sukar memahami teori.
  • Ujikaji dalam makmal hanya banyak dilakukan oleh pelajar yang rajin dan pandai, pelajar lemah menganggap ianya sekadar ujikaji dan tidak serius ketika menjalankan ujikaji.
  • Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah– menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
  • Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Sains.


AKTIVITI 6: Tugasan 4 - Mini KT Kekuatan Subjek Perdagangan dan Sains

Kekuatan Subjek Perdagangan dan Sains



PERDAGANGAN
  • guru boleh mengadakan banyak aktiviti mengikut kesesuaian topik
  • guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang didapati sebagai contoh bahan bantu mengajar
  • kandungan matapelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan yang berjaya)
  • pelajar dapat melihat realiti keadaan di sekeliling melalui subjek Perdagangan
  • pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian

SAINS
  • Pelajar sentiasa berhadapan dengan sains dalam kehidupan seharian.
  • Guru boleh memberi contoh / menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
  • Pendekatan kaedah pengajaran menggunakan bahan maujud dapat meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar.
  • Guru juga boleh menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti dalam kumpulan, menjalankan ujikaji (eksperimen), simulasi, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar.
  • Guru menyediakan aktiviti yang mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P.
  • Guru menyediakan pengajaran berdasarkan pengalaman pelajar dalam kehidupan.


Saturday, November 14, 2009

AKTIVITI 5:Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan (Guru Novis)

GURU NOVIS

Mengikut Kamus Dwibahasa, kalimah NOVIS (Novice) merujuk kepada orang yang baharu bekerja (tidak berpengalaman) atau permulaan.

Kita biasa mendengar gelaran bagi guru yang baharu tamat kursus perguruannya dipanggil sebagai guru permulaan atau guru novis. Mereka belum mempunyai pengalaman yang mendalam tentang bidang perguruan. Masih bermula, masih baharu, masih dalam proses mengenali atau mencintai bidang itu.


Mengapa guru novis perlu melakukan kajian tindakan?


  • Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan kepada pelajar.
  • Membantu guru novis menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan daya keyakinan diri guru novis melalui usaha berkongsi pengalaman bagi memperbaiki prestasi dan kepuasan kerja.
  • Memberi peluang kepada guru novis untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
  • Membantu guru novis dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pencapaian objektif disamping memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  • Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan suasana dalam bilik darjah.
  • Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan pengajaran rutin dan mencipta satu amalan profesional yang dapat membawa perubahan dan kemajuan kepada sistem pendidikan.
  • Meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya mengubah suai amalan pengajaran supaya menjadi lebih berkesan sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi pelajar.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 4: Tugasan 2 - Tajuk Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan yang dipilih oleh kumpulan kami adalah :

Merangsang Daya Ingatan Pelajar Mengingati Isi Pengajaran melalui Aktiviti Puzzle.

Puzzle digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P mata pelajaran Perdagangan dan Sains semasa pengukuhan. Kebiasaannya guru akan memberikan lembaran kerja ataupun latihan kepada pelajar selepas pengajaran sesuatu topik sebagai pengukuhan. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kebosanan dalam diri pelajar. Sesetengah pelajar pula masih tidak dapat memahami topik yang telah diajar oleh guru. Untuk itu, penggunaan Puzzle diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk memahami topik dan mengingati fakta atau istilah penting yang dipelajari dan sebagai aktiviti pengayaan kepada pelajar.

Ahli Kumpulan:
Suhaimila binti Sudar (P52053)
Mohd Fadzli bin Samsudin (P52024)
Masriah binti Ismail (P52020)