BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 13: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan (Kerangka Teoritikal, Konseptual dan Operasional Kajian)

Puzzle boleh didefinisikan sebagai masalah atau enigma yang menguji kepintaran orang yang menyelesaikannya. Kadang kala, puzzle juga dicipta sebagai satu bentuk hiburan atau permainan. Oleh itu, puzzle boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti dalam proses pembelajaran pelajar kerana ianya merupakan bentuk permaianan yang menyeronokan. Pelajar akan berasa seronok untuk belajar apabila aktibviti pengajaran guru melibatkan permainan yang boleh membantu pembelajaran mereka.

Melalui aktiviti puzzle ini, ia boleh membantu merangsang daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta dalam pelajaran. Ini kerana, sambil bermain untuk menyelesaikan masalah pelajar juga perlu mengingati fakta yang telah dipelajari bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik dalam tugas yang diberikan melalui aktiviti puzzle tersebut.

Selain itu, semangat kerjasama pelajar juga dapat dipupuk melalui aktiviti permainan puzzle ini kerana pelajar perlu berada di dalam kumpulan untuk bersama-sama menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pelajar perlu bersama bergerak dan memberikan sumbangan idea untuk memastikan hasil dan penyelesaian bagi aktiviti puzzle tersebut adlah yang terbaik.

AKTIVITI 12: Pemurnian

Kaedah kuliah atau kaedah konvensional menyebabkan ramai pelajar menjadi bosan dengan p&p yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar tidak sampai sepenuhnya secara maksimum. Untuk itu, guru perlu mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan pelajar terhadap p&p. Kaedah yang dicadangkan adalah melalui aktiviti permainan puzzle yang dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar merangsang daya ingatan.

AKTIVITI 11: Tugasan 2: Jurnal

Jurnal 1

Tajuk Jurnal: Coming to Terms with the Online Instructional Revolution: A Success Story Revealed Through Action Research.

Eddie Lunsford, Southwestern Community College
Kimberly Bolton, Walters State Community College


  • Permasalahan kajian dibangkitkan bagi mengkaji keberkesanan antara pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran secara online bagi subjek Biologi. Pembelajaran secara online adalah sesuatu yang baru di mana ia melibatkan penggunaan internet dan sumber-sumber multimedia sebagai tambahan kepada pembelajaran tradisional dan pembelajaran yang biasa dijalankan.
  • Disamping itu juga, semasa kajian ini dibaut konsep kursus sains dijalankan seluruhnya secara online dimana pelajar tidak perlu ke kampus dan juga ke makmal.
  • Pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran secara online yang dibuat adalah kesinambungan, sama dan sepadan dengan pembelajaran tradisional yang dipraktikkan sebelum ini.
  • Kaedah yang digunakan ialah kaedah qualitative research di mana pengkaji menyatakan bahawa kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi menguji tahap pengalaman individu dan pengalaman itu boleh dijadikan satu kayu ukur bagi menguji keberkesanan dan kesahihan kajian ini.
  • Menurut pengkaji juga kaedah qualitative research ini berbeza dengan kaedah tradisional yang digunakan dimana kaedah lama kurang memfokuskan kepada pengulangan, saiz sampel yang besar dan pemilihan secara sampel yang secara random. Ini adalah diantara sebab mengapa guru-guru selalu menggunakan kaedah qualitative research dalam kajian tentang pendidikan. Guru-guru lebih cenderung menggunakan kaedah yang telah tersedia seperti kelas yang kecil, perbandingan yang terhad dan sampel yang sesuai atau tepat dengan kajian yang mereka lakukan.


Jurnal 2

Tajuk Jurnal: Effect of Tutoring on Reading Achievement for Students with Cognitive Disabilities, Specific Learning Disabilities and Students Receiving Title I Services.

Jan Osborn and Amy Freeman, Putnam County Educational Service Center
Margaret Burley, Ohio Coalition for the Education of Children with Disabilities
Rich Wilson, Eric Jones and Stacey Rychener, Bowling Green State University


  • Permasalahan kajian wujud dimana pengkaji melihat keputusan akademik yang rendah, peningkatan masalah sosial, peningkatan kes berhenti sekolah, peluang pekerjaan yang terhad dan juga peningkatan hidup dalam kemiskinan adalah berpunca daripada kegagalan untuk memperolehi kemahiran mengenal huruf di awal pendidikan persekolahan bagi pelajar-pelajar bermasalah kognitif (cognitive disabilities) dan juga bermasalah pembelajaran khas (specific learning disabilites).

  • Di sini pengkaji ingin mengkaji kesan kaedah tutorial dalam pencapaian pembacaan bagi pelajar-pelajar tadika bermasalah kognitif dan bermasalah pembelajaran khas serta pelajar Title I dalam Projek MORE (Mentoring in Ohio for Reading Excellence)
  • Pengkaji menyatakan bahawa tahu membaca adalah sesuatu yang asas kepada pelajar di mana ia merupakan kemahiran yang penting bagi pelajar. Jika pelajar tidak pandai atau tidak tahu membaca sejak di awal persekolahan lagi, ini akan menimbulkan kesusahan kepada pelajar di masa akan datang.
  • Sebanyak 43 sekolah tadika di Northwest Ohio menyertai Projek MORE ini. Majoritinya adalah dari bandar-bandar kecil dan sekolah-sekolah pedalaman.
  • Kajian dibuat dengan mengambil kira tahap pencapaian dan kebolehan intelektual pelajar di dalam bidang; pernyataan lisan, pemahaman melalui pendengaran, pernyataan penulisan, asas kemahiran membaca, pemahaman pembacaan, pengiraan matematik atau permasalahan matematik.



Tajuk Jurnal: Teacher Misconception and Understanding of Cooperative Learning: An Intervention Study.

Mary Koutselini
UNIVERSITY OF CYPRUS, NICOSIA, CYPRUS

  • Mengikut kajian yang dibuat, permasalahan kajian timbul disebabkan guru memberi tanggapan negatif terhadap pembelajaran kooperatif kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk memastikan kerjasama, kesepaduan dan interaksi di antara para pelajar di dalam kumpulan pembelajaran koperatif.
  • Guru berpendapat bahawa amat susah bagi mereka untuk mengaplikasikan pembelajaran kooperatif sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamat dan juga objektif pembelajaran. Keengganan guru untuk menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif adalah kerana keraguan dan pengalaman negatif yang mereka perolehi semasa di institusi pengajian.
  • Pembelajaran kooperatif dianggap sama dengan kumpulan kerja yang biasa dimana hanya sesetengah pelajar saja yang terlibat secara aktif manakala yang lain hanya terlibat secara pasif.